HANYA KERANA SI KERINTING BERTIGA !!!

KERINTING 3


Hanya kerana Kerinting 3

Khamis, 20 october 2011: Muzik Terbaik 90 An Dan Terbaru itulah pengenalan radio swasta yang berjaya memikat hati 2.2 juta pendengar, Suria Fm. Di barisi dengan penyampai yang berpengalaman dan juga popular Suria Fm sememangnya mempunyai satu Xfactor yang berjaya memenangi hati pendengar di seluruh Malaysia. BREAKFAST @ SURIA program yang di kemudi  3 penyampai radio , Halim Othman , Sharifah Shahira dan Zizi atau lebih di kenali dengan Keriting 3 yang berlainan karakter merupakan salah satu tunjang utama Suria Fm. Segmen yang ke udara se awal jam 5 pagi ini sememangnya dapat membawa gelak tawa yang di isi dengan pelbagai informasi sehingga berakahirnya segmen tersebut pada  jam 10 pagi.
Zurina atau nama sebenarnya Zurina Bt Ishak berasal dari Terengganu, salah seorang seorang pendengar setia program berkenaan  berpeluang beramah mesra dengan Trio penyampai terbabit apabila beliau sendiri menghubungi Kerinting 3 untuk keluar makan tengahari bersama mereka. Permintaan eksekutif akaun di salah satu syarikat swasta di terennganu ini  di setujui oleh ketiga ketiga penyampai terbabit dan terus menetapkan tarikh janji temu tersebut.


Sebuah restoran di Tropicana City Mall menjadi saksi pertemuan mereka  apabila wanita yang berasal dari Setiu, Terengganu ini dapat bersua muka dengan Kerinting 3,  beliau berkata “alhamdulilah akhirnya saya dapat berjumpa dengan anda semua, terima kasih banyak banyak kerana sudi makan tengahari bersama” .Zurina yang khabarnya sudah berada di kuala lumpur sejak hari Selasa lagi begitu teruja dengan detik pertemuan itu .  Zurina juga mengatakan bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan dan menjemput Trio tersebut untuk ke majlis perkahwinanya.
Gambar kenangan terus di ambil, sebagai tanda saksi yang mereka pernah di temukan untuk menjadi kenangan sepanjang hayat. Hanya kerana Kerinting 3 sebuah kehidupan dapat di serikan lagi dengan suatu momen indah.

INFO BREAKFAST @SURIA
# ke udara dari jam 5 pagi sehingga 10 pagi
# mempunyai  beberapa segmen yang menjanjikan hadiah yang menarik: Itu Aje, kaki Kelentong, dan Seribu Seminit
# Hari isnin dan Rabu : Apa Cerita ( informasi terkini, X Vs Y)
# Hari Khamis : Celebrity Room
# Hari Jumaat : Terapi Radio

Salam Sutramaya,,,,,,,,,,,,,,,,,

Comments

Popular Posts