“DILEMA CINTA”

Keserasian vokal menyatukan Aliff Aziz dan Hao Ren dalam ……. 
“DILEMA CINTA”

            
Selepas lagu “KALAU CINTA” nyanyian Aliff Aziz duet bersama Joanna hangat putarkan di corong-corong radio, juga menjadi lagu tema drama TV3, Ana Lulu , kini Aliff Aziz tampil duet bersama Hao Ren dengan single terbaru….
……………… “DILEMA CINTA”………………… 
Atas dasar saling meminati dan menghargai karya masing-masing, dua penyanyi remaja, Aliff Aziz dan bekas pemenang tempat ketiga Astro Talent Quest 2009, Hao Ren dipertemukan dalam sebuah lagu berjudul DILEMA CINTA. Single terbaru ini merupakan  ciptaan Hao Ren sendiri, di mana pada asalnya lagu ini dinyanyikan dalam bahasa Mandarin.  Oleh kerana rentak lagu ini yang unik bercirikan R&B dan sangat mesra, Syarikat rakaman Sony Music berhasrat untuk menghasilkan lagu itu dalam versi Bahasa Melayu.  Secara tidak langsung, disampaikan secara bersama oleh mereka dan dijadikan single. 

Projek duet ini sebenarnya adalah perancangan syarikat rakaman (Sony Music). Pihak Sony Music berpendapat vokal kedua-dua artis muda ini mempunyai keserasian. Pemilihan lagu ini juga adalah disebabkan konsep muziknya sama dengan konsep album Aliff Aziz  iaitu pop R&B. Bagi Hao Ren, ini adalah kali pertama beliau merakamkan lagu dalam bahasa Melayu dan Hao Ren akui sukar terutama dari segi sebutan dan penyampaian. Namun, berkat kesungguhannya dalam menghasilkan single pertamanya dalam Bahasa Melayu, Hao Ren gigih dan bertekad untuk berkarya dalam pasaran Melayu. Mengulas versi asal lagu itu yang diberi judul Hao Ren Ka, penyanyi ini berkata lagu itu menceritakan kisah kekesalan seorang lelaki kerana melukakan hati kekasihnya yang tersayang. 

Bagaimanapun, untuk versi Melayu, ia menceritakan bagaimana dua sahabat baik jatuh cinta terhadap wanita yang sama. Namun atas dasar persahabatan, salah seorang harus mengalah. Lagu asal nyanyian Hao Ren ini juga pernah memenangi anugerah Golden Song ketika MY Astro Award 2011 yang berlangsung di Genting, Hao Ren, yang  juga baru berjinak jinak untuk berdampingan dengan pendengar muzik dari kalangan Melayu…berharap, single DILEMA CINTA ini akan memberi peluang kepadanya untuk mendekati peminat Melayu.  

Comments

Popular Posts