Februari 2017

Untuk bulan ke 2 2017 ini pelbagai pengisian menarik juga buat diri saya. Nak berkongsi dengan anda semua. Ok kita akan mulakan dengan yang ini.

1. Mendaki Bukit Saga - Cuti Thaipussam

Bagi orang lain cuti sehari mungkin di manfaatkan dengan tidur sahaja di rumah hehehe tapi bukan saya. Mula mula kawan ajak hiking di bukit saga ini tapi kurang pasti pulak di mana letaknya Bukit Saga ni walaupun di kawasan ampang. Alhamdulilah dengan bantuan GPS sampai juga akhirnya. Kami memulakan pendakian lebih kurang jam 9 Pagi dan sampai ke Puncak dalam jam 1130 pagi. 



Namun ceritanya bukan berakhir disini. Kami dpaat tahu selain daripada mendaki ke puncak orang ramai yang hadir akan ke kawasan Air Terjun di Bukit Saga. Perjalanan dari puncak untuk kekawasan Air Terjun ini pon mengambil masa lebih kurang satu jam setengah atau mungkin 2 jam perjalanan. Semput abang dik.. Tapi bila dah sampai Ya Allah cantiknya.



Dah puas berendam dekat Air Tejun tu dalam jam 1.30 tengahari kami mulakan ekspedisi keluar dari Bukit Saga dan sampai ke bawah lbih kurang jam 3 Petang =) Seronoknya. Satu je nak pesan bila dah sampai kawasan cantiknya janganlah buang sampah merata-rata ye nanti anak cucu kita  tak dapat nak rasainya kelak.


2. #MengembaraMedan

Sehari selepas mendaki Bukit Saga, Flight seawal jam 845 pagi ke Medan. Destinasi di tuju tentulah Danau Toba-Pulau Samosir  dan Ibu Kota Medan itu sendiri. Tapi tak nak cerita kat post entry ni saya akan ceritakan di  Satu Entry khas tentang kembara ke Medan nanti. Tunggu tau . Tapi tengok gambar ni dulu.





So nantikan .. Boleh Klik sini #MengembaraMedan 

3. Melaka

Alhamdulilah ade rezeki lebih masa ni bawak mak dan adik jalan jalan di Melaka, sebetulnya ada Fun Run di Melaka, tapi dah alang alang bawak je la Mak dan adik sekali.. First destination Batu Berendam Coconut shake.. First time jugak datang sini walau selalu singgah  so bila dah habis makan tengahari iaitu makn goreng pisang dan nasi lemak kita orang bergerak pulak menuju ke Menara Taming Sari,heee kecut perot Mak kita wakk naik atas sana tu.. Dah puas jalan kat bandar Melaka terus balik Hotel sampai malam kat hotel sebab esok nya ada Run kene la rehat๐Ÿ˜‚.






Cerita pasal Run di entri lain ye... Dah habis event Run tu balik hotel Mak dan adik dah kemas kemas nak balik kl. Kita orang pon balik laa Kl. Tapi sebelum tu singgah klebang Coconut Shake pulak destinasi wajib. Dah setle gerak ke KL terus.

Sebelum sampai KL kita orang singgah tempat makan SALAI yang famous kat  Exit Tol pedas .. Ya Allah memang sedap murah pun murah bayangkan amik gulai Daging salai, Gulai Rebung ngan Ayam sambal Nasi Air Percuma Rm24.00 kat KL idak laaa komee weiii. Mana yang nak tahu kalau kedai tu Exit Tol Pedass dalam 100meter je belah kiri amda.. Cuma kedai ni Isnin tutup .. Tu jelah ceritanya..

4.Fun Run -5Km

Cerita di Melaka bukan sahaja terhenti disitu, seperti yang diuar uarkan  setiap bulan saya akan sertai satu Run setiap bulan, Bulan ni Run anjuran Politeknik Merlimau Melaka bersempena Breast Cancer awarenes. Alhamdulilah event kali ni pon best so layan je la gambar ye uolss..







Tamat Bulan 2 ๐Ÿ˜„



Comments

Popular Posts