January 2017





Masih belum terlewat.. mungkin?

Salam Sejahtera semua, agak lama membisu terdiam dan mendiamkan diri di laman sesawang ni yang dah memang agak bersawang kan. Keinginan nak menulis tu masih ada Cuma tidak berkesempatan sahaja. Tapi sesejak usia pon dah menjangkau ke 3 series ni macam nak cuba balik menulis ni. Nak asah bakat balik. Tapi untuk mulakan balik agak mencabar jugak la. Tak tahu nak kongsikan cerita apa tapi saya cuba untuk mulakan dengan rangkuman setiap bulan mulai bulan Januari 2017. So kira lump sum terus.

JANUARI 2017.

FUN RUN

Alhamdulilah tahun baru 2017,  mulalah setiap insan pelusuk muka bumi akan berkira-kira menetapkan azam baru tapi rasanya adakah azam tahun 2016 dah terlaksana heheeh =) tepuk dada tanya iman! Malam tahun baru sempat menyertai aktiviti FUN RUN 5km bersama-sama rakan rakan di Primeworks dulu. Alhamdulilah walau ini larian pertama insyallah akan  juga laksanakan tiap tiap bulan(salah satu azam 2017). Malas nak cerita panjang boleh tengok je gambar yang disediakan


Tanggal 22 Januari hari juga menyertai satu lagi FUN RUN-5km anjuran SUN LIFE MALAYSIA, acara pada awalnya di Bukit Kiara dan atas faktor keselamatan program tersebut di tukar ke Padang Merbok, Kuala Lumpur. Alhamdulillah Berjaya juga langsaikan aktivit larian ni walaupun masa untuk larian ni bukanlah yang terbaik tetapi syukur juga sehingga ke garisan penamat. Rujuk Gambar .


 


















Next Fun Run – Di Melaka tunggu post seterusnya.

Exploring Nature - FRIM
Selain gemar berlari aktiviti baru yang dicuba juga meliputi aktiviti yang mencabar diri sendiri. Pernah tahun 2017 berazam nak kurus, sihat dan fit.  First time hiking kat FRIM ni memang best, tapi compare dengan Broga broga lagi mencabar la. But apa salahnya mengisi masa lapang kan. Bukan sahaja sihat dapat juga menikmati keindahan alam semulajadi ini. Ok silalah tengok gambar. =)



 


















SAHAR MANAGEMENT SERVICES

Tanggal 13 Januari 2017 genap setahun umur syarikat enterprise saya. Sahar Management Services syarikat yang menyediakan perkhidmatan Pengacara Majlis, Pa System dan Karaoke juga Kumpulan Gamelan. Insyallah Sahar Management Services akan terus bertahan sampai bila bila. Doakan ye Insyallah.


DADY SHAH – UNCLE ANGGUN INSYIRAH

Yang satu ni memang sangat teruja.  Alhamdulillah tanggal 27 Januari 2017 bertambah lagi seorang dalam keluarga kecil kami. Anak buah saya yang pertama nama di beri Anggun Insyirah. Baby girl yang sangat comel . Daddy Shah doakan agar Anggun jadi anak yang solehah dan Berjaya dunia akhirat. AMIN

Begitulah cerita Januari 2017, Alhamdulilah hebat sungguh perancangan dan kekuasaan Allah s.w.t .   Insyallah Februari ceritanya akan menyusul.

Comments

Popular Posts