MENGEMBARA MEDAN

MENGEMBARA MEDAN

DAY 1
Kuala Lumpur - Kualanamu - Pulau Samosir

Dengan tiket serendah Rm180 dapatl merasa naik MAS ke MEDAN, INDONESIA. Kali ini mengembara seorang diri dan inilah kali pertama nak berjalan sorang sorang ke tempat orang. oh sebelum tu nak cerita sedikit pasal kene blacklist dengan imigresen 2 hari sebelum nak terbang. Hanya tuhan je yang tahu macam perasaan masa tu.

Mula-mula call PTPTN die cakap kene bayar tunggakan Rm8+++ untuk degree punya pinjaman mana nak cekau duit nak oi lepas tu terpikir pula nasib ade kawan keje kat PTPTN dapat la settle kn walau kene bayar RM2k itu minimum je dik non. Okai cerita pasal PTPTN ni nanti ade entry die sendiri tak potong stim okai.

PERSIAPAN RAPI - BANTUAN BLOGGER, BACKPAKERS BUDDIES GROUP  DAN TOURGUIDE

Well kalau nak berjalan kat tempat orang ni kene la buat persiapan yang rapi, kene tahu apa yang menarik kenderaan ap yang nak naik dan kos tentunya. Kita juga kene main peranan ringankan mulut, tangan untuk bertanya dan buat perbandingan nilai kekurangan dan kelebihan yang masing masing dah kongsikan pengalaman mereka masing-masing. Terima kasih buat semua.

Perjalanan dari Kuala Lumpur - Kualanamu hanya mengambil masa 45-50 minit sahaja tak lama mana pon. Waktu mereka berbeza satu jam lambat dengan Malaysia. Bila dah sampai airport terus cari SIMCARD. Usha usha tengok simcard dalam AIRPORT macam mahal sikit tapi bila keluar sikit je dari AIRPORT ade jual simcard kat luar tu. TELKOMSEL pilihanya rasa dalam RP80,000 untuk 3GB data internet tersangat cukup untuk seminggu.
Gambar wajib sebelum nak berlepas

Gambar wajib masa atas Fight - MAS
Pelabuhan Klang - Pemadangan dari atas Flight MAS
Untuk ke Pelabuhan Tiga Raja sampai je AIRPORT terus keluar untuk cari BAS ke PERMATANG SIANTAR kosnya lebih kurang RP50,000 sahaja perjalan lebih kurang 3 jam sahaja sampai dipekan P.SIANTAR boleh naik bas ke PARAPAT dan berhenti ke Pelabuhan Tiga Raja masanya lebih kurang 1jam lebih sahaja.Selalu lah berkomunikasi dengan orang sebelah anda mana tahu dapat membantu anda untuk  memudahkan perjalanan anda.

TERPESONA KEINDAHAN DANAU TOBA 

Sampai ja Pelabuhan Tiga Raja walau terlajak sikit terus nak boat ke Pulau Samosir, nyatakan sahaja hotel mana yang hendak anda turun pembantu boat akan segera memangil anda untuk naik ke boat mereka. Sepanjang perjalanan nak ke Pulau Samosir aku memang terpesona dengan keindahan Danau Toba ni. Subhanallah cantik sungguh memang cantik!!  Namun sepanjang perjalanan sebelum sampai ke jeti ni pon anda akan dapat tengok keindahan alam wisata Indonesia ni.

Boat Pulau Samosir

Boat Pulau Samosir
Masa dalam boat ni juga ada bebrapa orang embak atau makcik yang akan menjual makanan segera dan juga telur itik yang akan di campur beberapa jamu. Aku nak try? memang tak laa bahahahahahaha. Lebih kurang 45 minit atas boat dah puas ambil gambar pelbagai sisi aku pon sampai la di hotel yang aku menginap untuk 2 Malam ni.

Aku menginap di Carolina Hotel ratenya murah dan berpatutan juga tapi view die memang cantik sangat.Jangan terkejut pulak bila masuk bilik hotel kipas dan Tv tak ada aircond pon tak ade okai hhahahahaahah. Yang tak bawak universal plug boleh pinjam kt kaunter. Kalau nak tengok tv plak boleh ke Dining Hall so boleh tengok Tv beramai-ramai.

Hotel Carolina - Pulau Samosir

Carolina Hotel 
Aku dah sampai pon agak petang badan pon macam letih letih sikit al maklum 5jam dalam bas henti henti naik turun bukit adoiii memang kematu laa jawabnya dik oi. Belum di pikirkan lagi kerusi bas yang keras ibarat konkrit tu hahahaha tapi semuanya pengalaman 😄 so melelapkan mata sekejap. So bila dah bangun aku hanya berjalan jalan sekitar hotel tu ade laa pasir pantai kat situ main main di gigi air katanya. 

PORK SERVED .

Baru nak mengintai-ngintai kat restaurant Hotel tetibe nampak plak perkataan PORK tu terus laa cancel nak beli nak order semuanya bahahaha so kekdahnya makan je la MAGGI yang 2 minit masak tu. LAYANKAN AJA sebab perut dah lapar .

MAGGI baharu - Kari Kaw Kaw
Sambil makan tu ade gak la research nak pergi mana esok ikot jalan mana dengan Map yang diberi oleh pihak hotel. Oh yaaaa wifi pon ade kat Dining area je kat HOTEL xdapat dik nasib abang beli TELKOMSEL kat airport tadi.

HABIS HARI PERTAMA - #MengembaraMedan

Comments

  1. lama gak lisa pegi dulu. Kat samosir juga salah satunya. tpi kurang puas la sebab sampai sana maghrib pastu pagi check out hahaha. tak sempat nak swimming

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaaa teringin nak pi,oh ya cuka epal surya tu lebih kepada masam.dari manis shah walau ada madu,buat jus sesuai la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts